Isnin, 6 April 2009

rambut lambang personaliti?


Kala melewati usia remaja,sudah pasti sekarang kamu mempunyai teman lelaki. Jika bukan seorang istimewa pasti ada seorang dua yang menjadi teman rapat kamu ya tak?Daripada peribadi dan gayanya kamu dapat mengagak dia bagaimana orangnya.Tapi ada beberapa ketika kamu musykil dan pening kepala kerana dia berbeza daripada biasa.Kamu tercari-cari bagaimana hendak membaca personalitinya tapi tidak tahu bagaimana.Hmmm,ada caranya :


RAMBUT LURUS

jika dia berambut lurus mungkin otaknya bergeliga. Dia juga dikatakan seorang yang ceria dan gemar bergaya. Dia juga bijak menguruskan sesuatu tanpa sebarang pertolongan daripada sesiapa. Hmmm,cuma ada satu perkara saja yang akan menambah pening kepala kerana dia suka cemburu buta.


KERINTING TEBAL

Hmm, teman kamu ini nampaknya kurang bijak, degil dan kuat cemburu. Didalam banyak perkara, dia sukar untuk menyelesaikan masalah diri sendiri dan ini membuatkan dia gemar termenung dan sendirian. Tetapi ada satu perkara menarik tentang dirinya, dia romantik dan ramai kenalan.


KERINTING HALUS

Alamak! Kamubakal berperang dengan masalah ego dan cemburu butanya. Dia juga seorang yang emmilih dan mudah mengamuk bila masalah yang dialami sukar untuk diselesaikan. Tetapi jangan risau kerana dia seorang yang bijak dan romantik.


IKAL

Dia bijak, bergikiran terbuka, ramai kenalan dan mudah memaafkan kesilapan orang lain.


RAMBUT HALUS

Beruntungnya kamu kerana rakan kamu ini seorang bijak,pemaaf,manja,tegas dan cepat melakukan pekerjaan yang diamanahkan dengan bersungguh-sungguh.


RAMBUT SIKIT/JARANG

Dia seorang yang bijak dan kerana itu dia berjaya mencari peluang untuk mambuka perniagaan secra kecil-kecilan. Namun, awas kerana dia sentiasa berfikiran negatif terhadap seseorang.


RAMBUT PERANG (SEMULAJADI)

Boleh dikatakan dia seorang lelaki ynag berfikiran terbuka, mudah memaafkan kesilapan orang lain,gemar bersosial dan bijak lari daripada masalah.


RAMBUT TEBAL

Orangnya bijak,romantik,ramai kenalan dan juga pandai mengambil hati.Dalam pada itu, dia juga seorang yang degil, cemburu dan kasar. Hati-hati tau!!


BERUBAN

Kurang bijak, suka termenung,suka bersosial,berfikiran terbuka dan pandai menyelesaikan masalah sendiri merupakan sifat-sifat dirinya.

2 ulasan:

  1. kalau x de rambut?hahah maknanya si dia tu suci dan murni.....^_^

    BalasPadam