Isnin, 6 April 2009

kulit sihat,terserlah cantik


5 masalah sering dihadapi

'' Apabila mengenakan bedak asas,muka akan bercapuk''.

sebenarnya ada banyak cara bagi mengatasi masalah ini. Satu caranya ialah apabila menyapu bedak asas sama ada jenis cecair,krim atau bedak padat pada muka ; biasakan guna asas yang lebik cerah ronanya pada seluruh zon T muka. Ini akan menimbulkan kesan glowing pada wajah.


''Pemerah pipi buat muka lebam dan sembab.''

kadangkala masalah ini berpunca daripada kesilapan teknik pemakaian dan pemilihan pemerah pipi. Cuba ikuti tips memilih pemerah pipi ini :



  • pilih pemerah pipi warna aprikot untuk ke pejabat. Ia amat sesuai untuk kegunaan siang hari. Warnanya yang segar dan bertenaga menampakkan kamu lebih menawan dan menarik.


  • Bagi membezakan solekan siang, pilih pemerah merah jambu untuk acara malam. Jangan guna berlebihan.

'' Kulit gelap menyebabkan susah memilih warna solekan yang sesuai.''


Sebenarnya kulit gelap bukanlah masalah besar pada kamu. Cuma kamu perlu bijak memilih warna yang boleh menyuntik cahaya pada kulit berona gelap. Bagi kamu yang berkulit gelap, jingga paling sesuai untuk mencerahkan komplesksi muka, mata atau pipi. Lakukan perawatan biasa seperti yang kamu lakukan setiap hari, cuma ditambah dengan pemakaian masker muka untuk menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit.


''Eyeshadow buat mata nampak lebih sembap.''


Banyak gadis menghadapi masalah ini, terutama apabila menata roas mata menggunakan dua rona warna - satu gelap dan satu cerah, mata mereka seolah-olah tidak cukup tidur.Sebenarnya ini berlaku kerana mereka tidak tahu mencipta helah solekan dan teknik mengenakan pembayang mata dengan betul. Bagaimana caranya?



  • Kamu tidak perlukan banyak alat solek. Hanya sapu di bahagian tepi ke dalam kelopak mata. Jika tidak yakin dengan jari, gunalah berus kecil.

  • Warna cerah lagi berkilat boleh membuka mata yang letih dan tidak bermaya.

''Kening selalu tidak seimbang dan kelihatan hodoh.''



  1. Jika kamu mahukan kening yang terbentuk cantik, ia perlu dirapi dan dilukis selalu. Sebaiknya guna pensil kening yang warnanya menyamai warna rambut agar bulu kening nampak sepadan dan tidak kontra dengan rambut.

  2. Hindari menekan kuat mata celak kerana kesannya boleh meninggalkan topok pada satu tempat sahaja. Larik ia sepanjang kening dengan gerakan melayang. Kemudian sikat dengan berus kecil. Pastikan warna kedua-dua belah seimbang.

Penjagaan kulit kering



  • Berilah kulit dan tubuhmu merasa tenang setiap saat

  • Ubah jenis produkperawatan kulit yang sesuai dengan musim, iklim dan gaya hidupmu

  • Kamu juga perlu memulakan penggunaan produk perawatan anti penuaan dengan segera setelah tanda-tanda tersebut muncul. Hal ini kerap terjadi lebih cepat untuk kulit jenis kamu.

  • Hindari mandi dengan air panas atau menggunakan minyak mandian (bath oil) ketika mandi dengan siraman air panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan